Rintihan Hati Nana...

Photobucket
Lokasi : Air terjun Chamang, Bentong Disember 2008


Semalam sedang saya menonton SPA Q2 kat TV3, saya ternampak diari + album anak saya, Nana. Setahu saya kalau anak-anak saya ni ada diari, derang cuma buat karangan biasa jek. Tapi kali ni lain. Terharu pulak saya baca.


Napa semua orang tak nak kawan dengan saya? Saya baik orangnya, tak pernah marah orang. Semua orang kata saya gemuk, Ain dan Ratna selalu ejek saya gemuk. Apa salahnya saya jadi gemuk, asalkan saya sihat. Saya tak ada sakit pun. Kalau orang tau saya baik, mesti semua nak kawan dengan saya. Sedih la saya bila orang kata saya gemuk. Tapi tak apa, saya sihat dan makan banyak.

Dunia Budak-Budak

Photobucket
Dari kiri : Nana, Nani and Nisha



Dunia budak-budak memang best. Tengok budak-budak bertiga ni, kalau jumpa mesti takde keje lain selain daripada main, gelak, berlari, makan, minum dan buat sampah... Seronoknya jadi budak-budak, takde nak memikir sebarang masalah... :)

Sekolah Weh...



Nani dah selamat masuk tahun 1 Progressive, ada 02 kelas jek sebenonya untuk darjah 1. Untuk permulaan ni, cikgu hanya tempatkan murid ikut random, berdasarkan senarai nama aje. Hujung bulan ni akan ada satu ujian penilaian untuk mengenalpasti murid-murid mengikut kemampuan masing-masing. Dan saya awal-awal lagi dah pesan pada Nani, be the best among the best.

Sekolah ni agak unik sebab sebahagian kecil daripada muridnya ialah anak-anak orang asli yang datang dari perkampungan orang asli berdekatan. Dalam kelas Nani saja, ada 04 orang. Ada yang muslim dan ada yang free thinker, takde agama. Senang jek nak kenal anak-anak orang asli, rambut mesti agak kerinting dan kulit tak berapa cerah.

Tapi jangan pandang enteng pada mereka ni sebab keupayaan mereka dalam pelajaran lebih kurang sama dengan anak-anak melayu, malah ada diantara mereka mampu mendapat 03 tempat teratas dalam exam.

Back to Nani, anak kecik saya ni tak banyak ragam, dia budak bijak dan petah. Saya tak perlu nak pesan itu dan ini setiap masa sebab dia dah tau apa yang patut dan tak patut dia buat. Cuma budak kecik macam ni, ikut mana pun, masih belum matang...berlari sana sini, manja, menangis, merengek...dah semulajadi macam tu kan.

Nana pulak dah masuk tahun 05. Baru darjah 05 tapi berat dah cecah 48kg..sikit lagi mesti sama dengan saya dah. Makan tak leh nak kontrol kalau dah dia kata sedap. Berkali saya pesan pada anak tembam saya ni supaya makan berpada-pada, sekali dua dia ikut la tapi lepas tu balik asal. Hasilnya, baju-baju, kain atau seluar dia tak boleh pakai lama. Setiap tahun mesti kena ada yang kena tukar. Malam tadi saya suruh dia try kain ijau yang dia kena pakai untuk kelas KAFA. Bayangkan...kain yang buat tengah tahun lepas, nak zip pun tak boleh...hehe..

Masuk darjah 05 ni, saya tekankan bab guna kamus untuk tau banyak perkataan Inggeris. Disebabkan subjek maths dan sains dalam BI, maka saya terpaksa buat latihan intensif untuk anak-anak saya, terutamanya Nana. Tahun depan dah nak ambik UPSR. Tu yang buat saya bimbang.

Whatever, tahun ni untung sikit sebab yuran sekolah tak perlu bayo awal-awal. Hujung tahun memang saya 'sesak' sikit sebab roadtax, insuran dan yuran pengajian saya, semuanya bayo hujung tahun dan semuanya penting. Sebab tu saya rasa lega sikit.

Alhamdulillah, so far so good.