Dah melepak dan window shopping kat KLCC, we all terus ke Pusat Sains tapi on the way tu, teringat pulak kat Tugu Negara, anak-anak memang tak pernah tengok tugu ni. Nani dah bohsan, so tak nak amik gambo dah. Sebab tu ler Nana duk posing sengsorang kat depan tugu tu. Kebetulan pulak, time tu ada 5-6 biji bas rombongan dari Tamil Nadu kot...so Nani start la banyak soklan pasal group Rajnikhan ni...hehe
Tak susah nak cari Pusat Sains, sampai kat sana, terus jek masuk dan Nana terus posing kat akuarium tu. Nani still tak nak enterframe sebab belum jumpa "benda" yang berkenan di hati. Games la, mende lagi kan. Ajak tengok ikan-ikan pun tak nak, muncung boleh sangkut baju gayanya.
Haa...masuk dalam lagi kat Pusat Sains tu, baru la jumpa benda-benda yang interesting. Nampak je sarang labah-labah ni, takde tunggu dah, terus panjat. Macam bagus anak kecik saya ni, terus panggil ummi untuk amik gambo.
Masih di Pusat Sains, ni ialah cermin kelako. Memang kelako sebab ia mampu merubah bentuk badan seseorang hehe. Tengok refleksi pada badan Nana, hehe...dah ler dia memang tembam, terus jadi pendek gemuk gitu :)
Tak dapat nak pakai baju ori angkasawan, bergaya kat situ pun jadi la ye. Nani nak join tapi tak cukup inci maaa...hehe
Masa saya tunggu anak-anak duk main kat rock climbing ni, kepala saya dah mula pening, denyut-denyut pantas dan ada rasa nak muntah lagi. So, abahnya la take over untuk monitor pergerakan anak-anak dara ni.
Malamnya, amik angin kat Sunway Pyramid, jalan-jalan jek bukan nak shopping pun. Cuma beli aksesori hiasan untuk anak-anak, untuk buat kenangan. Harga barang kat situ, not bad arr...kopak poket abah dan umminya...huhuhuhu..
Amik kesempatan bergambo depan benda ala ni, my mom keep asking napa amik gambo dengan benda ni tapi just untuk kenangan jek. Takde makna apa-apa pun. Tengok ramai gak pelancong yang berposing kat situ, we all pun pelancong kan...
4 comments:
Hello Intan, love the pics here. Very nice. You have beautiful daughters. Ikut mak dia.
You keep well and have a nice day, Lee.
alahai bebodak diajak tempat macam tu abis hatile seronok gilers yg penting ia bukan saja tempat menambah ilmu tapi dapat bersantai gaks
Hi Uncle Lee, mana tau "ikut mak dia"? hehe
Noor, selalu bw gi naik ke Genting jek tp kopak poket..hehehe
Post a Comment
Sila serlahkan diri anda dengan meninggalkan nama anda selepas menyertai ruangan komentar. Majulah blog untuk negara.