Peraduan Mewarna Anjuran Bank Rakyat

Q...sebelum masuk dewan... fokus kat si baju purple depan sekali tu..hehe



Kategori 1,2 memang ramai...sonok...!



Duduk ikut kategori...ready untuk mewarna.. (pencil warna dibekalkan.)




Masih menunggu...




Hiburan nasyid oleh staf2 bank rakyat...tak berapa nak sedap...hehe



Ahad lepas, anak2 masuk peraduan mewarna Kelab Nuri Bank Rakyat, Temerloh. Program ni buat kat sekolah cina sebelah rest house temerloh tu.. Ramai betul yang masuk ...sesak. Saja nak memenuhkan jadual hujung minggu..

Jalan-Jalan ke Putrajaya







Amik kesempatan weekend lepas, bawa anak2 ke Putrajaya walaupun sesi lawatan ni takde dalam agenda..hehe. Adik tengah sakit gigi, gigi baru nak tumbuh. Pipi dia bengkak tu tapi sibuk suruh bawa jenjalan gak... Camnapun puasa anak2 maintain walaupun penat berjalan..

Foto-foto : Akak dan adik posing kat sekitar Putrajaya..

Good Luck, Darling!

Masjid Kristal, 2008




Nana and Nani sit for the 3rd portion exams, today.
All the best to both of you.
Ummi is always pray for you, darling.

"Umi, Perut Sakit La.."

Akak..


Akak dah masuk alam remaja. Balik dari sekolah beberapa hari lepas, akak ngadu sakit perut. Saya cakap, "pegi la buang air". Tak terlintas pun anak tembam saya ni nak masuk ke alam remaja. Sampai kat umah, akak berbisik-bisik dengan wan dia.

Hmm...rupanya gitu...hehe. Moga akak terus jadi matang, tak manja lebih daripada adik, tak cengeng lebih daripada adik dan tak penakut lebih daripada adik.

Nanti adik buli, susah akak hehe.

Holiday In Melaka

Posing kat Mini Malaysia, Ayer Keroh

Jenuh cari jambatan gantung ni, at last jumpa jugek..

Depan rumah Melaka..


Posing spontan..adik mesti ada "peace" gitu..


Kat taman boya, Ayer Keroh..


Kat A'Famosa, Bandar Hilir..


Adik, posing kat depan A'Famosa


Nana, posing tengah panas kat depan church, Bandar Hilir


Last minute, baru dapat bawa derang jalan-jalan, itupun just ke Melaka. Anyway, budak-budak ni memang teruja bila sampai di Melaka. Lenguh kaki dibuat budak-budak ni...hehe.. Hepi viewing.

Holiday in KL

Cuti hari pekerja lepas, bawa anak-anak ke KL dan balik kampung (bandar) ke Puchong, abihkan masa dengan abahnya anak-anak. Lokasi pertama ialah KLCC, atas permintaan anak-anak jugek sebab derang dah lama tak melepak kat sini. Cuaca aritu memang ok tapi sedikit panas tapi biasa arr kan...panas-panas pun punye la ramai yang melepak kat taman KLCC ni.



Dah melepak dan window shopping kat KLCC, we all terus ke Pusat Sains tapi on the way tu, teringat pulak kat Tugu Negara, anak-anak memang tak pernah tengok tugu ni. Nani dah bohsan, so tak nak amik gambo dah. Sebab tu ler Nana duk posing sengsorang kat depan tugu tu. Kebetulan pulak, time tu ada 5-6 biji bas rombongan dari Tamil Nadu kot...so Nani start la banyak soklan pasal group Rajnikhan ni...hehe



Tak susah nak cari Pusat Sains, sampai kat sana, terus jek masuk dan Nana terus posing kat akuarium tu. Nani still tak nak enterframe sebab belum jumpa "benda" yang berkenan di hati. Games la, mende lagi kan. Ajak tengok ikan-ikan pun tak nak, muncung boleh sangkut baju gayanya.




Haa...masuk dalam lagi kat Pusat Sains tu, baru la jumpa benda-benda yang interesting. Nampak je sarang labah-labah ni, takde tunggu dah, terus panjat. Macam bagus anak kecik saya ni, terus panggil ummi untuk amik gambo.




Masih di Pusat Sains, ni ialah cermin kelako. Memang kelako sebab ia mampu merubah bentuk badan seseorang hehe. Tengok refleksi pada badan Nana, hehe...dah ler dia memang tembam, terus jadi pendek gemuk gitu :)



Tak dapat nak pakai baju ori angkasawan, bergaya kat situ pun jadi la ye. Nani nak join tapi tak cukup inci maaa...hehe





Masa saya tunggu anak-anak duk main kat rock climbing ni, kepala saya dah mula pening, denyut-denyut pantas dan ada rasa nak muntah lagi. So, abahnya la take over untuk monitor pergerakan anak-anak dara ni.




Malamnya, amik angin kat Sunway Pyramid, jalan-jalan jek bukan nak shopping pun. Cuma beli aksesori hiasan untuk anak-anak, untuk buat kenangan. Harga barang kat situ, not bad arr...kopak poket abah dan umminya...huhuhuhu..




Amik kesempatan bergambo depan benda ala ni, my mom keep asking napa amik gambo dengan benda ni tapi just untuk kenangan jek. Takde makna apa-apa pun. Tengok ramai gak pelancong yang berposing kat situ, we all pun pelancong kan...




Nani yang beriya nak berposing kat situ, sebab tu gaya dia over sket daripada kakak dia..hehe. Siap buat peace lagi. Masa ni bukan main seronok lagi jenjalan kat Sunway Pyramid, lenguh kaki dibuatnya.




Errkk....posing kat depan KLCC, sementara menunggu abahnya masuk toilet..hehe...sabo jeks kan. Nana ni sebenonya agak fotogenik, banyak gambo dia yang "makan" dek gambo.

PC Fair



Isi masa lapang derang, saya bawa pegi PC Fair yang indah kabo dari rupa tu. Foto kat atas ni, Nana dan Nani sedang cuba satu "silap mata". Bukan silap mata sebenonya tapi menguji kawalan imaginasi dan tumpuan kita. Berebut tu.





Yang ni pulak, sapa terer, cuba la tautkan dan huraikan semula besi-besi tu. Ni pun menguji minda kita. Budak-budak ni nampak seronok, takde la bohsan duk kat umah, dapat info baru lagi. Seperti biasa, Nani memang banyak menanya, saya jek sampai malas nak explain..hehe.

Sukan Tahunan 2009

Anak-anak cuti arini sebab semalam sekolah buat sukan tahunan. Kakak cuma masuk perbarisan. Adik jek yang masuk acara 4x100 meter, dapat johan. Adik cakap dia lari laju, kalah sume orang..hehe. Adik memang suka perasan.

Cuma waktu derang sukan, saya masih di hutan batu. Sedang molek abih sukan, saya sampai ke sini. Tq kat Mad2much yang bertungkus-lumus menjaga anak-anak sedara dia yang hiper ni. Memang selalu ada nasib baik kan.

Examination

Anak2 saya mula amik exam penggal I, arini. Harapan saya terhadap derang memang tinggi. Doa saya, moga derang boleh menjawab dengan tenang dan aman, terutamanya anak kecik saya yang baru pertama kali amik exam.

Gudluck!

Anak-Anak dan Anak-Anak Kucing



This is Miko, the most gorgeous kucing betina yang ada kat rumah kome (kami). Miko ni banyak boyapren, sampai tak tau hak mana se yang dia berkenan. Kalau dengan Nana dan Nani, Miko memang manja bangat. Kalau budak-budak tu panggil dengan nada yang panjang, Miko pun jawab dengan nada yang panjang. Lucu...hahaha.

Miko dah beberapa kali beranak, kalau tak silap saya, dia dah ada dekat 10 ekor anak. Tapi body maintain, macam anak dara. Cuma Miko ni mak dara pelahap sket, tak cukup makan sokmo. Nak beli makanan dia, baik saya beli ikan sekilo untuk makan anak-anak saya. Huh.


Jom tengok camna meriahnya keluarga Miko ni. hari-hari anak-anak saya mesti main dengan anak-anak kucing ni.




Semalam anak-anak saya mula buat ujian kecergasan pada anak-anak kucing tu, mengah anak-anak kucing tu dibuatnya. Hasilnya, Nani kata si Merah tu paling manja dan tak boleh berdikari.

Jom tengok lagi foto-foto aksi anak-anak kucing yang meriah ni. Kalau sapa-sapa nak ambik anak-anak kucing ni, alamat meraung la Nana dan Nani. Derang memang suka bangat dengan kucing.





Aksi Yang Tak Mampu Dikawal


Tengahari tadi macam biasa, saya jemput anak-anak saya di sekolah. Turun aje dari kereta saya, kawan baik anak kecik saya yang ni, berlari laju ke arah saya.

Umi, Ani jatuh dalam kolam. Dia main jalan-jalan kat tepi kolam dan tiba-tiba je jatuh dalam kolam. Abih basah baju, kain dan kasut dia. Umi pegi la tengok Ani tu, dia tak nak bercakap dah dengan Ila.

Saya berjalan pantas mendapatkan anak kecik saya dan tiba-tiba dia memeluk saya dengan erat, dah la basah kuyup pastu peluk saya macam tak nak lepas. Maka kuyup la jugek sebahagian daripada kain baju kurung saya.

Saya tau sangat, kalau dia tutup muka dan terus peluk beriya-iya ni, tandanya dia tak nak kena marah dengan saya. Saya tak marah tapi bagi peringatan, lepas ni jangan lagi main kat tepi kolam. Sentiasa ada nasib baik sebab air kolam hanya paras betis dia.

Rintihan Hati Nana...

Photobucket
Lokasi : Air terjun Chamang, Bentong Disember 2008


Semalam sedang saya menonton SPA Q2 kat TV3, saya ternampak diari + album anak saya, Nana. Setahu saya kalau anak-anak saya ni ada diari, derang cuma buat karangan biasa jek. Tapi kali ni lain. Terharu pulak saya baca.


Napa semua orang tak nak kawan dengan saya? Saya baik orangnya, tak pernah marah orang. Semua orang kata saya gemuk, Ain dan Ratna selalu ejek saya gemuk. Apa salahnya saya jadi gemuk, asalkan saya sihat. Saya tak ada sakit pun. Kalau orang tau saya baik, mesti semua nak kawan dengan saya. Sedih la saya bila orang kata saya gemuk. Tapi tak apa, saya sihat dan makan banyak.

Dunia Budak-Budak

Photobucket
Dari kiri : Nana, Nani and Nisha



Dunia budak-budak memang best. Tengok budak-budak bertiga ni, kalau jumpa mesti takde keje lain selain daripada main, gelak, berlari, makan, minum dan buat sampah... Seronoknya jadi budak-budak, takde nak memikir sebarang masalah... :)

Sekolah Weh...



Nani dah selamat masuk tahun 1 Progressive, ada 02 kelas jek sebenonya untuk darjah 1. Untuk permulaan ni, cikgu hanya tempatkan murid ikut random, berdasarkan senarai nama aje. Hujung bulan ni akan ada satu ujian penilaian untuk mengenalpasti murid-murid mengikut kemampuan masing-masing. Dan saya awal-awal lagi dah pesan pada Nani, be the best among the best.

Sekolah ni agak unik sebab sebahagian kecil daripada muridnya ialah anak-anak orang asli yang datang dari perkampungan orang asli berdekatan. Dalam kelas Nani saja, ada 04 orang. Ada yang muslim dan ada yang free thinker, takde agama. Senang jek nak kenal anak-anak orang asli, rambut mesti agak kerinting dan kulit tak berapa cerah.

Tapi jangan pandang enteng pada mereka ni sebab keupayaan mereka dalam pelajaran lebih kurang sama dengan anak-anak melayu, malah ada diantara mereka mampu mendapat 03 tempat teratas dalam exam.

Back to Nani, anak kecik saya ni tak banyak ragam, dia budak bijak dan petah. Saya tak perlu nak pesan itu dan ini setiap masa sebab dia dah tau apa yang patut dan tak patut dia buat. Cuma budak kecik macam ni, ikut mana pun, masih belum matang...berlari sana sini, manja, menangis, merengek...dah semulajadi macam tu kan.

Nana pulak dah masuk tahun 05. Baru darjah 05 tapi berat dah cecah 48kg..sikit lagi mesti sama dengan saya dah. Makan tak leh nak kontrol kalau dah dia kata sedap. Berkali saya pesan pada anak tembam saya ni supaya makan berpada-pada, sekali dua dia ikut la tapi lepas tu balik asal. Hasilnya, baju-baju, kain atau seluar dia tak boleh pakai lama. Setiap tahun mesti kena ada yang kena tukar. Malam tadi saya suruh dia try kain ijau yang dia kena pakai untuk kelas KAFA. Bayangkan...kain yang buat tengah tahun lepas, nak zip pun tak boleh...hehe..

Masuk darjah 05 ni, saya tekankan bab guna kamus untuk tau banyak perkataan Inggeris. Disebabkan subjek maths dan sains dalam BI, maka saya terpaksa buat latihan intensif untuk anak-anak saya, terutamanya Nana. Tahun depan dah nak ambik UPSR. Tu yang buat saya bimbang.

Whatever, tahun ni untung sikit sebab yuran sekolah tak perlu bayo awal-awal. Hujung tahun memang saya 'sesak' sikit sebab roadtax, insuran dan yuran pengajian saya, semuanya bayo hujung tahun dan semuanya penting. Sebab tu saya rasa lega sikit.

Alhamdulillah, so far so good.