Aksi Yang Tak Mampu Dikawal


Tengahari tadi macam biasa, saya jemput anak-anak saya di sekolah. Turun aje dari kereta saya, kawan baik anak kecik saya yang ni, berlari laju ke arah saya.

Umi, Ani jatuh dalam kolam. Dia main jalan-jalan kat tepi kolam dan tiba-tiba je jatuh dalam kolam. Abih basah baju, kain dan kasut dia. Umi pegi la tengok Ani tu, dia tak nak bercakap dah dengan Ila.

Saya berjalan pantas mendapatkan anak kecik saya dan tiba-tiba dia memeluk saya dengan erat, dah la basah kuyup pastu peluk saya macam tak nak lepas. Maka kuyup la jugek sebahagian daripada kain baju kurung saya.

Saya tau sangat, kalau dia tutup muka dan terus peluk beriya-iya ni, tandanya dia tak nak kena marah dengan saya. Saya tak marah tapi bagi peringatan, lepas ni jangan lagi main kat tepi kolam. Sentiasa ada nasib baik sebab air kolam hanya paras betis dia.

0 comments:



Post a Comment

Sila serlahkan diri anda dengan meninggalkan nama anda selepas menyertai ruangan komentar. Majulah blog untuk negara.