Anak-Anak dan Anak-Anak Kucing



This is Miko, the most gorgeous kucing betina yang ada kat rumah kome (kami). Miko ni banyak boyapren, sampai tak tau hak mana se yang dia berkenan. Kalau dengan Nana dan Nani, Miko memang manja bangat. Kalau budak-budak tu panggil dengan nada yang panjang, Miko pun jawab dengan nada yang panjang. Lucu...hahaha.

Miko dah beberapa kali beranak, kalau tak silap saya, dia dah ada dekat 10 ekor anak. Tapi body maintain, macam anak dara. Cuma Miko ni mak dara pelahap sket, tak cukup makan sokmo. Nak beli makanan dia, baik saya beli ikan sekilo untuk makan anak-anak saya. Huh.


Jom tengok camna meriahnya keluarga Miko ni. hari-hari anak-anak saya mesti main dengan anak-anak kucing ni.




Semalam anak-anak saya mula buat ujian kecergasan pada anak-anak kucing tu, mengah anak-anak kucing tu dibuatnya. Hasilnya, Nani kata si Merah tu paling manja dan tak boleh berdikari.

Jom tengok lagi foto-foto aksi anak-anak kucing yang meriah ni. Kalau sapa-sapa nak ambik anak-anak kucing ni, alamat meraung la Nana dan Nani. Derang memang suka bangat dengan kucing.





0 comments:



Post a Comment

Sila serlahkan diri anda dengan meninggalkan nama anda selepas menyertai ruangan komentar. Majulah blog untuk negara.